Thursday, September 29, 2011

7 Jenis Cinta..^________^~

~~~Assalamualaikum  !!...berjumpa lagi..cewahh xpernah2 nk menulis sendiri kt blog sendiri...kali ni la agak tergerak nak tulis...hmm~
adakah antum sume tahu ada berapa jenis yg disebut C.I.N.T.A..
apakah takrif Cinta? apakah yang antum faham tentang Cinta ? Sejauh manakah antum mengenali erti Cinta secara mendalam? 
apapun pandangan antum terhadap cinta...namun Cinta dalam penertian Al~Quran ada 7 jenis..
ha..antum sume mesti tertanya-tanya apakah jenis-jenisnya...


Mari kite survey..Haiyya bina'!!...



Pertama :


 Cinta Al-Mawaddah (Penuh Kasih Membara)


Cinta Al-Mawaddah ialah jenis cinta yang mekar dan membara..Orang yang memiliki cinta jenis Mawaddah mahu selalu berdua,enggan berpisah dan selalu ingin bersama cintanya..Ia mahu memonopoli cintanya,dan hampir tidak boleh melihat cinta yang lain..Wah! teruja pulak..heeh...Ok! kebiasaan cinta ini ialah cinta antara suami isteri yang baru diijabkabulkan dan cinta seseorang hamba yang soleh kepada Allah S.W.T.Sentiasa akrab dan xmahu dilepaskan.. 



Yang Kedua lak : 


Cinta Ar~Rahmah (Cinta Pengorbanan)


Cinta Ar~Rahmah ialah cinta yang penuh kasih sayang,lembut,sedia berkorban dan sedia melindungi.Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih mementingkan orang yang dicintainya berbanding dengan diri sendiri..ermm~ terharu..selalunya orang yang memiliki cinta jenis ini seorang yang penyayang dan prihatin...agak2 ada kat diri antum x?hehe~ Dah tersenyum-senyum 2 ..perasan la tuu..Gurau je tau ..:P
Ok,sambung2..Baginya yang penting adalah kebahagiaan yang dicintainya meskipun untuk itu dia harus menderita..Dia sangat maklum akan kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kekasihnya..
Cinta ini termasuk hubungan antara yang mempunyai pertalian darah seperti orang tua terhadapnya..ala,mcm yg antum selalu dgr la...pengorbanan ibu bapa terhadap anak2nya...2 dinamakan Cinta Ar~Rahmah la..Adapun dalam Quran disebut orang2 yang mempunyai hubungan kasih sayang secara fitrahnya  berasal dari hubungan kasih ibu disebut rahim (Rahmah) ..Sejak janin , anak suduh diliputi suasana kasih sayang dalam suasana rahim.. Ertinya menyambung tali kasih sayang..Suami isteri yang diikat oleh cinta Mawaddah an Ar~Rahmah sekali gus biasanya saling setia Zahir Batin di dunia Akhirat..Haha..Romantik x??


Ni ada Firman Allah dari surah Ar~Rum:Ayat 21 ..
                                           


Maksudnya :


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.






Seterusnya :


Cinta Kulfah ( Cinta Mendidik )


Cinta jenis perasaan cinta yang disertai kesedaran mendidik kepada hal-hal yang positif meskipun sukar seperti ibu menyuruh anaknya menyapu serta membersihkan kamar sendiri agar anaknya mampu berdikiri untuk kepentingan anaknya sendiri bukan niat utk mendera...Dengar 2..Mak suruh bukan nak mendera tau.. :p
Jenis cinta ini dinyatakan dalam al~Quran bahawa Allah s.w.t x membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya dan bertujuan mendidik manusia agar manusia boleh menjaga diri..


Ada firman Allah gak..Meh usha sket..:
                             لا يكلف اللّه نفسًا الا وسعها


Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya..




Kiranya kalau ada ujian yang menimpa ..janganla kita marahkan Allah kerana rasa ujian sgt berat..sesungguhnya bersyukurlah kerana Allah amat dan terlalu sayangkan kita.. :)





Yang Keempat :


Cinta Al~Mailu ( Cinta Tidak Keruan)


Cinta Al~Mailu adalah cinta bermusim dan xkeruan.Ia berlaku dalam situasi tertentu yg melibatkan pihak kedua atau ketiga.Sifat cinta ini adalah sangat memberi tapi sementara,sehingga tertimbus seluruh perhatian terhadap perkara2 lain.Cinta jenis ini dalam konteks al~Quran ialah orang yg berpoligami da mana ketika jatuh cinta kepada yang muda,lebih cenderung mengabaikan yang lama...Tp nk ingatkan Nabi S.A.W xtermasuk dalam golongan ini kerana bukan kehendak baginda berpoligami..Malah ia wahyu Allah dalam proses penyebaran agama Islam..tp yang Zaman kini...xde makna nya nak sebarkan Islam..menyebarkan Nafsu semata,,huh..sory la menuduh tapi itu hakikat..hehe~


Firman Allah :


  1. maksudnya :Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja , atau tawanan/tahanan(captive*) yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat Ta'ulu.[maksud An-Nisa' 4:3]


Yang kelima :


Cinta Asy~Syaghaf (Mabuk Asmara)


Cinta yang sangat mendalam,,membuta tuli dan memabukkan.Orang yang diserang cinta ini menjadi seperti orang gila,lupa diri dan hampir2 tidak menyedari apa yang dilakukan.Al~Quran menggunakan perumpamaan Cinta Syaghaf ketika mengisahkan Zulaikha,isteri pembesar Mesir terhadap anak angkat bujangnya,Nabi Yusuf A.S.Cinta ini mendesak Zulaikha untuk berbuat Zina dengan anak angkatnya.Tapi Allah menyelamatkan Yusuf dari godaan Zulaikha..sebagaimana firma Allah dalam surah Yusuf,ayat 30 :
Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: "Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata".



Weh,,penatnya menaip...xpe2...boleh diteruskan ..haha :D

Yang Keenam :

Cinta Ra'fah (Cinta Dayus)

Uish dengar dayus pun mesti dah dapat agak ape Nisak nk gtaw kan?Bijak3....hehe~
Cinta Ra'fah menimbulkan kasih yang dalam shingga mengalahkan norma2 kebenaran misalnya ibu bapa yang terlalu kasihkan anaksehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat dan membela walaupun anak itu salah..ish3..tak PATUT!!Suami yang terlalu kasih kepada isterinya sehinggakan xsanggup menegur isterinya berbuat dosa.Ini adalah cinta dayus.Al~Quran menyebut perumpamaan ini ketika mengingatkan manusia agar janganlah cinta ra'fah menyebabkan manusia tidak mengenal hukum Alla,dalam hal ini menjurus dalam hukuman bagi penzina.


Last skali weh..ade7 je :

Cinta Shobwah (Syahwat)

Cinta Syahwat yang buta dan mendorong perilaku terjebak tanpa sanggup mengelak.Al~Quran menyebut perumpamaan ini mengisahkan bagaimana Nabi yusuf A.S berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang saban hari menggodanya hinggakan Nabi Yusuf memohon agar dimasukkan ke dalam penjara kerana ditakuti akan tergelincir dalam perbuatan yang bodoh..
Ada firman Allah surah Yusuf ayat 33  berbunyi..:


Maksudnya :Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderong kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang(bodoh) tidak mengamalkan ilmunya".



Fuh ! hehe..kalau nak tahu hanya 3 jenis cinta yang diiktiraf(Cinta Quus) :
1) Cinta Al~Mawaddah(Penuh Kasih Membara)
2)Cinta Ar~Rahamh (Cinta Pengorbanan)
3)Cinta Kulfah (Cinta Mendidik)

Cinta yang xdiiktiraf pulak (Cinta Bernoda) :
1)Cinta Al~Mailu (Cinta Tak Keruan)
2)Cinta Asy~Syaghaf(Cinta Mabuk Asmara)
3)Cinta Ra'fah(Cinta Dayus)
4)Cinta Shobwah(Syahwat)

Persoalan yang Nisak nak tanyakan sekarang ialah mana satukah cinta antum?? Bagaimanakah status cinta 'couple'?
Adakah cinta ini termasuk dalam cinta Qudus atau cinta bernoda?

Renungkan semula..duduk dan fikir..muhasabah diri kerana masih belum terlambat untuk antum perbetulkan..ketahuilah Allah itu sesungguhnya menyayangi antum..kerana itulah Dia mengurniakan Rahmat dan mendidik jiwa kita..cuma diri kita yang  xsayang diri sendiri?wallahu a'lam..
Lastly,have a bright and shiny day...cewahh~ speaking pulak...selamat beramal and CeriaSelalu :))
Sekian shaja..jumpa lagi...!!



No comments: