Friday, July 8, 2011

tidur??

Apa pendapat korang tentang TIDUR korang?
A. pantang ada masa terluang  msti nak tidur
B. tidur tu keperluan utk merehatkan mental dan fizikal.
C. tak suka tidur, kalau boleh nak berjaga 24 jam sbb rasa mcm 24 jam tu tak cukup...

Aku andaikan :
A = teruk hidup korang ni, tak bosan ke asyik tidur je...
B = hidup korang msti teratur dan korang pun sehat je kan...
C = ape yang korang kejarkan sebenarnya? kalah PM mcm ni!

Aku ramai kawan.
Ada yg jadikan tidur sebagai hobi
Ada juga yang tak suka tidur, berjaga 24 jam... tidur sekejap2 pun ada...
Ada yang pukul 8 terus tidur! 
Korang macam mana pula?

Apa pun pilihan korang A, B, atau C itu adalah pilihan diri kita sendiri.
Kita yang mengawal dan memberi yang terbaik utk diri.
Mungkin juga kita ada alasan utk pilih A, B atau C..
 ....dan aku sebenarnya dari pilihan C....

Hari ni aku punya sedikit masa terluang untuk berkongsi dengan korang sahabat2 ku di alam maya ni, tentang mendapat TIDUR YANG LENA.

Usah korang perkecilkan soal tidur sbb TIDUR tu penting untuk kesihatan kita.
Tidur  dapat bagi tenaga dan keupayaan utk kita meneruskan kerja-kerja kita.
KUALITI TIDUR ada hubungan yang kuat kepada kesihatan mental dan fizikal kita.
Tahap kesihatan yang menurun banyak dikaitkan dengan masalah tidur contohnya masalah susah nak tidur.

Sebelum ni aku juga menghadapi masalah tidur yang agak kritikal.
Disebabkan itu, aku selalu diserang migrane, slalu rasa tak bermaya, rasa serabut, rasa tak terurus, berat badan aku pun makin bump! bump! ish..... tapi bila aku tukar corak tidur aku, Alhamdulilah mental dan fizikal aku semakin positif.

No comments: